Seorang maut, empat cedera dalam insiden tembakan di konsert Fredo Bang, AS

6 Feb 2023 • 12:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah konsert di Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.

Satu konsert penyanyi rap Amerika Syarikat Fredo Bang telah diadakan di Newport, Arkansas pada malam Sabtu.

Polis menerima laporan mengenai insiden tembakan di lokasi berkenaan sekitar 2:30 pagi waktu tempatan (08:30 GMT), menurut KARK-TV.

Seorang wanita berusia 19 tahun terbunuh dalam kejadian tembakan itu manakala empat lagi cedera, menurut stesen televisyen yang berpangkalan di Arkansas, memetik Jabatan Polis Newport.

Dua orang telah ditahan selepas insiden itu, dan lebih banyak tangkapan akan dilakukan, menurut KAIT-TV.

Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

Menurut data daripada Gun Violence Archive, terdapat lebih 50 insiden tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat direkodkan sejak awal tahun ini. -Bernama