Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Letupan Kompresor Penghawa Dingin

12 Jan 2026 • 4:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang maut manakala sembilan individu termasuk empat pelajar cedera selepas kompresor penghawa dingin meletup di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, di sini, hari ini.

Menurut laporan Utusan Online, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Soo Yu Juan, 24.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.40 pagi, membabitkan letupan kompresor penghawa dingin di kawasan penyelenggaraan yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti berkenaan.

Sembilan Cedera Dalam Letupan Kompresor Penghawa Dingin

image is not available

Katanya, sebelum kejadian, pihak pengurusan universiti telah memanggil juruteknik berikutan masalah teknikal dan keperluan pembaikan, namun kerja membaiki peralatan berkenaan belum sempat dilaksanakan.

“Siasatan awal mendapati berlaku letupan kompresor penghawa dingin.
“Kejadian itu menyebabkan sembilan mangsa cedera yang terdiri daripada empat pelajar, dua pekerja kontraktor luar, seorang kakitangan pengurusan dan dua warga asing yang bekerja menjaga kafeteria.

image is not available

“Kecederaan mangsa adalah berbeza-beza, termasuk melecur serta kecederaan akibat terkena serpihan, memandangkan letupan berlaku dengan kuat sehingga menyebabkan kerosakan pada dinding di kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

Artikel lain: Hari Pertama Persekolahan, Pelajar Tingkatan 3 Maut Dirempuh Kereta

Beliau berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke beberapa hospital untuk rawatan lanjut termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh, diasingkan mengikut tahap kecederaan masing-masing.

image is not available

image is not available

image is not available

Fadil menambah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pasukan Hazmat sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan kawasan berkenaan benar-benar selamat dan mengelakkan sebarang risiko letupan susulan.

“Setakat ini, JBPM sudah mengesahkan kawasan itu selamat sepenuhnya dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sumber: Utusan Online (Nuraina Hanis Abd. Halim)

The post Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Letupan Kompresor Penghawa Dingin appeared first on Borak Daily.