Seoul Korea Selatan Melalui Lensa Oppo Reno15 Pro – Inilah Apa Yang Saya Lihat

DigitalTravel
16 Feb 2026 • 5:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seoul ialah ibu negara Korea Selatan yang menggabungkan tradisi berusia ratusan tahun dengan kemodenan masa kini. Kota ini mempunyai suasana metropolitan yang aktif di samping mengekalkan warisan sejarah melalui seni bina istana lama. Selain itu, pusat beli-belah dan budaya K-Pop turut menjadikan Seoul sebagai destinasi popular untuk pelancong.

image is not available

AI Motion Photo Popout – Susun Cerita Pelbagai Momen

Perjalanan kerja ke Korea minggu lalu menjadi kesempatan untuk menguji keupayaan kamera Oppo Reno15 Pro dalam situasi sebenar. Dengan latar suasana bandar moden, keindahan alam semula jadi, serta tradisi budaya yang masih terpelihara, setiap lokasi digunakan sebagai ruang ujian untuk menilai bagaimana kamera ini berfungsi dalam pelbagai keadaan.

image is not available

Dalam kunjungan kali ini, kamera diuji sewaktu makan tengah hari di sebuah restoran Halal di Korea dengan merakam seseorang yang sedang menghulurkan minuman. Dalam keadaan berbeza, ia digunakan di bandar Dongae untuk merakam suasana bandar dan di Bukchon Village dengan konsep popout pada telefon yang kelihatan terapung. Rakaman ini menonjolkan subjek sambil menunjukkan suasana sekeliling termasuk reaksi pelawat terhadap kampung tradisional tersebut.

image is not available

Penggunaan ciri ini memerlukan sedikit penceritaan agar hasil rakaman lebih teratur. Konsepnya sama seperti menjawab persoalan siapa, di mana, dan apa supaya setiap rakaman boleh diolah menjadi penceritaan yang jelas. Dengan pendekatan ini, gambar berfungsi bukan hanya sebagai imej tetapi juga sebagai medium untuk menyampaikan maklumat seperti beberapa contoh yang telah dihasilkan.

image is not available

Penggunaan ciri ini turut perlu dilakukan dengan memilih beberapa gambar melalui aplikasi Photos pada peranti. Menu Motion Collage digunakan untuk menetapkan subjek utama sama ada wajah, objek atau suasana tertentu. Hasil rakaman kelihatan seakan “pop out” daripada komposisi untuk menjadikan imej lebih menonjol.

image is not available

Fungsi ini boleh digunakan untuk gambar biasa mahupun AI Motion Photos, memberikan pilihan tambahan dalam cara rakaman dihasilkan. Pengguna boleh menekankan subjek utama atau membentuk komposisi yang lebih seimbang. Dengan pendekatan ini, rakaman perjalanan berfungsi sebagai catatan bergambar yang boleh diolah untuk menunjukkan sudut pandang berbeza.

Fungsi ini tidak memerlukan suntingan manual yang rumit, penyusunan yang kompleks atau aplikasi tambahan. Semua proses boleh dilakukan terus melalui peranti. Ciri ini sesuai untuk pengguna yang ingin berkongsi kandungan dengan gaya berbeza tanpa memerlukan usaha tambahan.


Selfie Ultra-Wide 0.6x – Merakam Semua Dalam Satu Bingkai

Satu lagi kelebihan kamera pada Oppo Reno15 Pro ialah kehadiran lensa ultra-lebar 0.6x. Lensa ini membolehkan keseluruhan suasana atau kumpulan besar dirakam dalam satu bingkai tanpa perlu banyak bergerak atau menukar kedudukan. Ia sesuai digunakan untuk swafoto bersama rakan, merakam panorama kota atau menangkap suasana umum dengan hasil yang semula jadi dan memberikan konteks jelas kepada rakaman.

image is not available
image is not available

Kualiti mod swafoto pada Reno15 Pro hampir menyerupai kamera belakang dengan hasil yang tajam. Kesan distortion juga berkurangan dalam kebanyakan situasi, sama seperti yang dinyatakan dalam ulasan Reno15 sebelum ini. Mod swafoto ultra-lebar tidak menampakkan kesan herotan yang ketara, wajah subjek tidak kelihatan terlalu cengkung dan kualiti pada setiap bucu gambar kekal tajam.

image is not available
image is not available

Namun, isu tona kulit masih wujud seperti sebelum ini di mana suhu warna kurang terkawal. Hal ini menjadi antara kekurangan ketara untuk mod swafoto. Walau begitu, kehadiran lensa ultra-lebar tetap memberi nilai tambah kerana ia memudahkan rakaman kumpulan besar atau suasana luas tanpa perlu bergantung pada suntingan manual atau aplikasi tambahan.


Telefoto 3.5x Vibe Portrait – Merakam Emosi Lebih Dekat

Selain lensa ultra-wide, Oppo Reno15 Pro turut dilengkapi dengan fungsi 3.5x Telephoto Vibe Portrait. Lensa ini menggunakan panjang fokal 85mm yang dianggap sebagai golden focal length. Panjang fokal tersebut menghasilkan kesan spatial compression semula jadi yang menjadikan latar belakang kelihatan lebih dekat dengan subjek utama.

image is not available
image is not available
image is not available

Keistimewaan kamera ini tidak hanya terhad kepada satu sudut pandangan. Telefon ini menyediakan beberapa pilihan fokal seperti 0.6x ultra-wide untuk sudut lebih luas, 1x standard dengan dua panjang fokal iaitu 24mm dan 28mm serta 2x, 3.5x dan 7x telefoto untuk variasi jarak rakaman. Algoritma Telescope Zoom turut menyokong zum digital sehingga 120x. Dengan sokongan ini, pengguna boleh merakam subjek jauh dengan lebih jelas tanpa menjejaskan komposisi keseluruhan.

image is not available
image is not available
image is not available

Kelebihan lensa telefoto ini bukan hanya terhad untuk swafoto. Ia juga boleh digunakan bagi merakam ekspresi dan emosi orang lain. Sebagai contoh, ketika berada di Korea, lensa ini membolehkan wajah masyarakat tempatan dirakam dengan lebih dekat. Senyuman, renungan, atau gerak tubuh spontan dapat ditangkap dengan jelas, sekali gus menambah nilai pada hasil gambar.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Dengan Telephoto Vibe Portrait, Reno15 Pro boleh digunakan untuk merakam wajah, objek, ekspresi, dan momen yang ingin dikongsi. Fotografi menggunakan lensa telefoto ini membolehkan rakaman yang kelihatan semula jadi tanpa perlu penekanan berlebihan.


Dual-View Video Mode – Rakaman Serentak Kamera Hadapan Dan Belakang

Fungsi Dual-View Video Mode membolehkan pengguna merakam video menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak.

image is not available

Dengan kebolehan ini, dua situasi berbeza dapat dirakam dalam satu masa. Mod ini turut menyediakan beberapa pilihan kedudukan paparan, termasuk paparan atas–bawah (split view) yang sesuai untuk vlog perjalanan, paparan sisi–sisi (side by side) yang berguna untuk temu bual atau reaksi, serta paparan picture-in-picture (PiP) di mana satu rakaman dijadikan paparan utama manakala rakaman lain muncul dalam tetingkap kecil sebagai konteks tambahan.

image is not available
image is not available

Dengan variasi kedudukan ini, pengguna boleh memilih gaya paparan yang sesuai dengan rakaman yang ingin dibuat. Sama ada untuk vlog, temu bual ringkas, atau rakaman suasana lain, mod ini menyediakan fleksibiliti tambahan. Sebagai contoh, ketika melawat Alpaca World, Dual-View Video Mode digunakan untuk merakam pengalaman melihat alpaca secara dekat sambil menunjukkan reaksi sendiri dalam satu rakaman.

image is not available
image is not available

Dalam situasi lain di Bukchon Hanok Village, mod ini membolehkan rakaman reaksi orang sekeliling terhadap keindahan kampung tradisional, sambil pengguna turut berada dalam bingkai yang sama. Walaupun ia bukan ciri baharu, fungsi ini tetap memberi kelebihan tambahan dan boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan kandungan dengan perspektif berbeza.


Rakaman Video 4K60FPS HDR Video (Penstabilan Terbina)

Oppo Reno15 Pro menyokong rakaman video sehingga 4K 60FPS dengan HDR serta penstabilan terbina. Fungsi ini boleh digunakan pada kamera hadapan dan belakang dengan tetapan yang sama. Dalam ujian di sekitar Hongdae, penstabilan kelihatan baik walaupun dalam keadaan bergerak, manakala warna yang dihasilkan seimbang dengan kontras mencukupi.

image is not available

Kualiti rakaman pada resolusi 4K nampak tajam dan boleh terus dimuat naik ke media sosial tanpa memerlukan suntingan tambahan. Rakaman boleh dilakukan dengan lima panjang fokal iaitu 0.6x, 1x, 2x, 3.5x dan 7x dengan zum sehingga 18x. Terdapat juga dua profil warna iaitu Stage dan DreamWorks sama seperti kamera utama walaupun kurang sesuai untuk rakaman siluet.


Pandangan Peribadi

Daripada pengalaman mencuba, saya mendapati hasil kamera Reno15 Pro lebih baik berbanding model biasa yang pernah digunakan sebelum ini. Kamera utama pada panjang fokal 1x menghasilkan gambar yang tajam dengan kontras seimbang serta mampu menangkap butiran dengan jelas. Dalam keadaan tertentu, saturasi kelihatan sedikit berkurangan, khususnya apabila subjek mempunyai warna yang rata seperti kelabu atau putih. Walaupun begitu, kesannya tidak terlalu ketara dan imej masih menyenangkan untuk dilihat.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Imbangan putih berfungsi dengan sangat baik kerana mampu menstabilkan suhu warna dalam hampir semua keadaan. Apabila panjang fokal mula ditingkatkan, terdapat sedikit kehilangan ketajaman tetapi kesannya tidak begitu ketara. Auto fokus kadangkala memerlukan sedikit usaha tambahan, namun secara keseluruhan prestasi masih memuaskan. Julat dinamik pula menunjukkan hasil yang baik kerana mampu mengekalkan keseimbangan antara cahaya terang dan bayang menjadikan rakaman lebih konsisten serta terperinci.

image is not available
image is not available
image is not available

Dalam mod potret, kesan bokeh yang dihasilkan kelihatan kemas dan halus. Pemisahan subjek daripada latar belakang dilakukan dengan tepat, menghasilkan imej yang tajam dan jelas. Warna kulit kelihatan semula jadi tanpa menjejaskan tona asal, walaupun hasilnya sedikit bergantung pada keadaan cuaca. Ketika musim sejuk di Korea, pencahayaan semula jadi memberi kesan tertentu terhadap tona kulit, namun kamera masih mampu mengekalkan keseimbangan warna dengan baik.

image is not available
image is not available

Mod malam pula bergantung kepada keadaan pencahayaan. Dengan pencahayaan yang mencukupi, gambar yang dihasilkan kelihatan tajam, cukup dengan warna serta mempunyai kecerahan seimbang. Kesan ‘blooming’ tidak terlalu keterlaluan yang menjadikan hasil rakaman lebih konsisten dan menyenangkan untuk dilihat.


Hasil-hasil Gambar Lain

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available