”Sepanjang Setahun Ini Banyak Yang Saya Lalui..” – Fazura

EntertainmentLifestyle
29 Sep 2025 • 4:10 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fazura

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura meluahkan rasa terharu apabila menerima kejutan istimewa daripada staf serta kenalan rapat sempena ulang tahun kelahirannya ketika sesi siaran langsung di TikTok, Jumaat lepas.

Dalam video yang tular, Fazura mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dirinya serta anak perempuannya, Fatima.

“Ini ulang tahun paling bermakna” – Fazura

Fazura mengakui tahun ini menjadi ulang tahun paling bermakna buat dirinya, meskipun turut dihimpit rasa sebak kerana terkenang arwah bapanya.

Sepanjang setahun ini banyak yang saya lalui tapi Alhamdulillah, dengan adanya bantuan Allah saya dapat melalui semuanya dengan tenang, bahagia dan penuh hikmah.

Tahun ini adalah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna di mana kali terakhir saya rasa gembira menyambutnya ketika arwah bapa saya masih ada.

Tenang dan bahagia dalam fasa baru

image is not available

Fazura turut berkongsi bahawa dirinya kini berada di fasa hidup yang lebih tenang serta menyerahkan segala urusan kepada Allah.

Alhamdulillah saya berada dalam fasa yang sangat tenang dan bahagia. Allah menjadi saksi, Allah mendengar, melihat serta mengetahui isi hati saya yang sebenar-benarnya.

Pssttt! Hidup ini penuh ujian, tapi jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. Kebahagiaan sebenar hadir bila kita belajar menghargai doa, kasih sayang, dan kenangan bersama insan tersayang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.