Sepanyol tahan dua individu eksploitasi migran di Ceuta

17 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sepanyol tahan dua individu eksploitasi migran di Ceuta

MADRID: Polis Sepanyol menahan dua individu yang disyaki mengeksploitasi migran yang tiba ketika kemasukan besar-besaran ke Ceuta pada Julai dengan mengenakan bayaran untuk tidur di garaj yang tidak sesuai didiami manusia.

Pengumuman itu menggambarkan krisis kemanusiaan yang melanda wilayah Sepanyol di Afrika Utara itu sejak beberapa minggu lalu selepas puluhan ribu migran memasuki Ceuta dari Maghribi pada 30 hingga 31 Julai.

Kebanyakan mereka dihantar pulang dalam tempoh beberapa jam berikutnya, namun ribuan lagi kekal dalam keadaan serba kekurangan di bandar kecil yang sudah sesak itu, termasuk tidur di jalanan atau dalam khemah sementara.

Polis berkata, kedua-dua suspek dipercayai memperoleh keuntungan kewangan yang besar dengan mengeksploitasi keadaan migran yang baru tiba di bandar berkenaan.

Kira-kira 20 migran membayar sekitar 30 euro (RM141) seorang setiap hari untuk tidur di atas lantai, di ruang yang ditetapkan sebagai tempat letak kenderaan, termasuk di bilik stor tanpa kemudahan asas yang mencukupi.

Mereka hanya diberikan tilam dan selimut selepas membayar jumlah penuh, selain dikenakan bayaran untuk mengecas telefon serta menerima ancaman bunuh bagi menghalang mereka daripada melaporkan keadaan yang dialami, tambah polis.

Kedua-dua suspek turut didakwa menawarkan perjalanan secara sulit dari Ceuta ke tanah besar Sepanyol dengan bayaran 6,000 euro (RM28,217), namun polis tidak menjelaskan sama ada mana-mana perjalanan seumpama itu benar-benar berlaku.

Pada Ogos, polis mengumumkan penahanan lima individu kerana mengenakan bayaran sehingga 9,000 euro (RM42,330) kepada migran yang baru tiba untuk perjalanan berkenaan.

Ceuta dan satu lagi wilayah Sepanyol di Afrika Utara, Melilla, merupakan satu-satunya sempadan darat Kesatuan Eropah (EU) dengan Afrika.

Bagaimanapun, pemeriksaan sempadan dikenakan terhadap semua pengembara yang bergerak dari wilayah berkenaan ke tanah besar Sepanyol, sebagai pengecualian dalam kawasan Schengen Eropah yang membenarkan perjalanan bebas.-AFP

The post Sepanyol tahan dua individu eksploitasi migran di Ceuta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved