Separuh akhir ASGV: Nina enggan lagi fikir tentang juri

2 Dec 2023 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENYANYI Azharina Azhar, 38, menyerahkan saja nasibnya kepada Allah S.W.T sama ada dia akan melangkah ke final All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada 10 Disember depan.

“Hendak kata saya risau langsung tidak, sebab kita tahu ASGV kali ini lain daripada yang lain dan percaturannya juga berbeza.

“Saya cuma berserah kepada Allah, untuk menentukan perjalanan saya dalam ASGV.

“Saya juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Tidak kisahlah final atau separuh akhir, saya sentiasa fikir ini mungkin akan jadi persembahan terakhir saya,” katanya ketika dihubungi Hiburan Ekspres.