Separuh Rangka Arwah Bella Sudahpun Ditemui

7 Mar 2024 • 9:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella

Sampai hari ini Ohmedia dapat rasakan perasaan pilu tentang pemergian arwah Bella yang disyaki dibunuh kekasihnya sendiri.

Terbaru, kakak kepada arwah iaitu, Norhisham Samsusah memaklumkan lebih separuh rangka dipercayai milik Bella sudahpun dijumpai.

Alhamdulillah, separuh rangka arwah Bella ditemukan tapi kami masih tunggu keputusan forensik.

Sejumlah 90 peratus rangka boleh dikatakan milik Bella. Mohon doakan supaya anggota lain dijumpai.

Norhisham yang berkongsi segala perkembangan Bella di Facebook itu memberitahu rangka terbaru ditemui di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7 di Jalan Tokong Pechah oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Semua tulang yang dijumpai telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 29 Februari untuk dianalisis perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pihak polis masih menunggu keputusan laporan analisis dari Jabatan Kimia Johor dan dijangka proses analisis kimia mengambil tempoh lebih kurang sebulan. – Kata Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah.

image is not available

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.