“Tulang paha, betis & keting” – Kakak Arwah Bella Syukur Baki Rangka Ditemui Di Kawasan Penemuan Bella

6 Mar 2024 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baki rangka mangsa pembunuhan kejam, Bella atau Milla Sharmila, 32, telah ditemukan di kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor. Perkara itu dimaklumkan oleh kakak arwah sendiri, Norhisham Samsusah, 36.

Jelas wanita yang lebih dikenali sebagai Ayu ini, saki baki rangka masih menunggu keputusan forensik. Namun, dia berharap agar anggota tubuh lain dapat segera dijumpai oleh pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, sebahagian rangka arwah Bella ditemukan tapi kami masih tunggu keputusan forensik.

“(Sebanyak) 90 peratus rangka ditemukan dipercayai milik Bella, mohon doakan supaya anggota lain dijumpai.”

image is not available

Dalam pada itu, pihak boleh telah mengesahkan beberapa ketul tulang telah ditemui di lokasi penemuan rangka Bella pada jam 11.20 pagi pada 28 Februari lalu selepas menerima maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dipanggil untuk membantu siasatan di lokasi penemuan itu.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati bahawa pihaknya menjumpai dua ketul tulang dipercayai bahagian paha, dua ketul tulang betis dan dua ketul tulang keting.

image is not available

“Kesemua tulang dijumpai dihantar ke Jabatan Kimia Johor untuk analisa perbandingan DNA.”

“Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia dan proses itu dijangka mengambil tempoh lebih kurang sebulan.”

Beliau turut menasihatkan orang ramai suapaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan itu. Tambahnya, individu mempunyai maklumat lanjut, boleh menyalurkan ke talian 07-436330.

Sumber : Majoriti

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.