Sepatutnya Kahwin Tahun Ini, Penyanyi Lelaki BBNU Putus Tunang Didakwa Kerana Bernafsu Songsang?

EntertainmentMusic
13 Feb 2023 • 6:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pendatang baru dalam dunia nyanyian tanah air dikatakan baru sahaja putus tunang dan kini sedang membawa diri ke luar negara.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pertunangannya putus didakwa kerana berpunca daripada penyanyi itu yang bernafsu songsang.

Menurut sebuah portal hiburan, penyanyi itu bertunang pada tahun lalu dan dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Difahamkan, ura ura mengatakan dia menyukai kaum sejenis telah sampai ke telinga pihak perempuan membuatkannya memutuskan pertunangan itu.

image is not available

Penyanyi itu baru-baru ini ada menyertai program realiti dan menjadi sebutan apabila dia dijangka memenangi pertandingan tersebut.

Dia juga sebenarnya sudah mempunyai beberapa single dan salah satunya kini dijadikan OST sebuah drama rantaian yang sedang meletup.

image is not available 4 hari lalu

"You Kutuk I Macam Macam" - Bukan Tudung Punca Putus, Bekas Tunang Kata Anju Toksik & Manipulatif