“Seperti Saya Cakap Dan Janjikan, Saya Sendiri Akan Kongsikan..” – Amira Othman Tak Akan Sorok Jika Sudah Ada Tarikh Nikah

EntertainmentLifestyle
30 Aug 2025 • 9:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama pelakon dan penyanyi, Amira Othman menjadi bualan ramai selepas tular video dirinya memakai busana pengantin serta ada video memaparkan penyangkut baju yang mempunyai abjad A serta F.

Dah lama hadapi gosip berkahwin

Namun begitu, semalam, Amira menafikan dakwaan bahawa dirinya akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Melalui laporan Gempak, penyanyi itu mengulas spekulasi berterusan tentang status peribadinya dan akui sudah lama hadapi gosip seperti itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UTV (@utv.officials)

Janji akan bagitahu kalau sudah ada tarikh

Dalam pada itu, Amira memohon doa daripada orang ramai, selain meminta netizen agar sentiasa berkata hal-hal yang positif sahaja.

Seperti yang saya cakap dan janjikan, jika ada, jika sudah pasti dan benar, saya sendiri akan kongsikan. Tidak akan saya sembunyikan.

Sekadar info, perkongsian adik Amira iaitu penyanyi, Irfan yang membuat perbandingan dirinya bersama kakak pada tahun 2013 dan 2025, selain menyertakan gambar seisi keluarga yang juga memaparkan aktor, Fattah Amin telah pun menarik perhatian ramai.

image is not available 2025-08-29 15:56:55

"Saya Memang Minta Supaya Tak Letak Huruf Lain Selain A Tapi Bila Benda Tu Terpapar.." - Amira Othman