“Sepundal S*al Kata Diva AA Tak Ada Duit? Kau Tunggu Pendedahan Sebenar!” – Diva AA Ugut Aliff Syukri?

EntertainmentLifestyle
31 Jul 2025 • 2:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh mengenai isu usahawan dikenali ramai, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal selepas selebriti, Azwan Ali memijak beg jenamanya susulan tidak berpuas hati dengan kualiti beg terbabit.

Namun, usahawan tersebut berkata kepada pihak media bahawa dia tidak akan menyaman Azwan Ali atau mesra dipanggil sebagai Diva AA kerana mendakwa selebriti itu tidak mempunyai duit.

Diva AA tak diam diri, balas kenyataan Aliff Syukri

Tidak mendiamkan diri, melalui platform X, Diva AA memuat naik satu video meluahkan rasa tidak puas hati selepas dituduh dirinya tidak mempunyai duit.

B*to lah Aliff Syukri! Dengan sepundal-sepundal s*al kata kononnya Diva AA tak ada duit.

Akan dedah ‘rahsia’ Aliff Syukri?

Dalam pada masa yang sama, bekas pengacara itu turut berkata dia akan mendedahkan satu perkara berkaitan dengan usahawan tersebut.

Kau tunggu pendedahan sebenarnya. Kau tunggu je.

Sebelum ini, Aliff menganggap perbuatan yang dilakukan oleh Diva AA tidak wajar dan sekiranya ada rasa tidak puas hati, lebih baik disuarakan secara berdepan.

image is not available 2025-07-30 16:38:26

Aliff Syukri Berang Diva AA Pijak Beg - “Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari!”