Serangan Baharu Dron Israel Terhadap Gaza Akhiri Tempoh Bertenang

WorldPolitics
13 Aug 2026 • 8:37 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Serangan Baharu Dron Israel Terhadap Gaza Akhiri Tempoh Bertenang

Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin tercedera dalam dua serangan dron oleh rejim Israel di Gaza, memecahkan suasana bertenang yang bertahan selama lebih seminggu di wilayah berkenaan.

Dalam kejadian di utara Gaza, sebuah dron milik tentera Israel telah membedil sebuah kenderaan beroda tiga di kawasan Beit Lahia. Sumber perubatan dari Hospital al-Shifa mengesahkan dua mangsa dibawa ke hospital dengan seorang daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan amat kritikal.

Sementara itu di kawasan Khan Younis di selatan Gaza, seorang lelaki warga emas dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan selepas dron Israel melepaskan bom tangan berhampiran lokasi perhimpunan orang awam. Sumber tempatan turut melaporkan tembakan sengit disasarkan ke arah kediaman penduduk di timur kem pelarian Bureij.

Siri serangan terbaharu ini berlaku selepas beberapa hari tempoh bertenang tanpa serangan udara bersasar, walaupun pencabulan terma perjanjian kerap dilaporkan oleh pihak tempatan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, siri pelanggaran gencatan senjata oleh rejim Israel secara keseluruhan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,259 rakyat Palestin dan mencederakan 4,148 yang lain sejak Oktober lalu. Sejak pencerobohan bermula pada Oktober 2023, lebih 73,000 nyawa telah terkorban, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula infrastruktur yang musnah kini mencecah $70 bilion.

Sumber: TRT World dan Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved