“Serasi Nampak Dengan Bakal Adik Ipar” – Ramai ‘Cair’ Tengok Fattah Amin Dan Irfan Haris Buat ‘Trend’ Tiktok ‘Dame Un Grr’

EntertainmentLifestyle
9 Jul 2025 • 3:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apa saja tindakan dan kegiatan pelakon terkenal Fattah Amin, pastinya akan mencuri tumpuan ramai terutamanya peminat aktor itu.

Semenjak bergelar duda anak satu, Fattah mula menjadi perhatian malah kini dikaitkan pula dengan penyanyi Amira Othman sehingga didoakan berjodoh pula.

Bukan sahaja berlakon, Fattah juga kini mengusahakan sebuah kafe dan gimnasium serta melabur dalam beberapa perniagaan seperti kosmetik dan pelaburan hartanah.

Baru-baru ini, Fattah dirakam melakukan trend TikTok ‘Dame Un Grr’ bersama adik Amira Othman iaitu penyanyi Irfan Haris ketika berada di luar negara bagi tujuan hal pekerjaan.

Menjengah ke ruangan komen, peminat turut merasa teruja melihatkan keserasian kedua-dua selebriti itu.

@irfannharis

yang last tu abang long nak tembak siapa ye neyyy

? GRR – Fantomel

Peminat dalam pada itu turut mendoakan agar Fattah dan Irfan dapat menjadi sebuah ‘keluarga’ suatu masa nanti.

Malah, ada yang ‘menyeru’ agar Fattah melakukan aksi trend itu bersama-sama Amira Othman pula!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hours ago

"Mummy Pergi Dating Dengan Baba!" - Jebat Jayden 'Tenang' Pecahkan Rahsia