“Serba serbi nak free” – Gara-gara Hutang Bil Air RM170K, Air Selangor Kunci Air Sebuah Apartmen Di KL

23 Feb 2023 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi tanggungjawab bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri ataupun menyewa untuk melunaskan bil air, letrik dan sebagainya pada setiap bulan.

Namun ada juga segelintir isi rumah atau individu memilih untuk tidak membayar tunggakan bil, sama ada kerana tidak berkemampuan ataupun dengan sengaja sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.

image is not available

Air Selangor kunci air Apartmen Putra Ria, tunggak sehingga RM170,000

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi & Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendedahkan pihak Air Selangor terpaksa mengunci air sebuah apartmen yang terletak di Kuala Lumpur.

Hal ini kerana penduduk di Apartmen Putra Ria telah berhutang lebih kurang RM170,000 bil Air Selangor yang tidak dilunaskan sehingga kini.

Tak cukup dengan itu, berdasarkan rekod pengurusan, difahamkan 358 unit (54.2%) berhutang maintenance sebanyak RM2.47 juta (purata RM6,899).

Petang tadi saya terima info pihak Air Selangor telah mengunci air Apartmen Putra Ria.Ini berpunca dari hutang lebih…

Posted by Fahmi Fadzil on Wednesday, February 22, 2023

Isunya terlalu ramai yang tidak membayar bil maintenance bulanan, walaupun peringatan telah dibuat oleh pengurusan. Bil bulanan antara RM49 ke RM53 seunit.

“Sementara waktu, pihak Air Selangor telah bersetuju untuk membuka semula air malam ini.

“InshaAllah saya akan bertemu pihak Air Selangor, pengurusan Putra Ria serta persatuan penduduk esok bagi mencari penyelesaian terbaik,” katanya di Facebook.

“Kesian satu dua penduduk yang tak pernah miss bayar tiap2 bulan2

Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata mengecam sikap penduduk apartmen berkenaan yang culas membayar bil dan didakwa hanya mengharap perkhidmatan yang percuma.

image is not available

Harap tak adalah lagi yang malas-malas bayar bil tu. Kesian kat orang yang bayar setiap bulan, tak pasal-pasal terbabit sama.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.