
PETALING JAYA – Selepas berminggu-minggu diselubungi jerebu teruk, Serian, Sarawak pagi ini berada pada bacaan tahap sederhana.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 9.50 pagi ini, bacaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan IPU 58.
Selain itu, sebanyak 52 stesen lagi turut mencatatkan IPU sederhana antaranya, Samalaju (57), Samarahan (58), Bintulu (55) dan Kuching (51) di Sarawak.
Sementara itu, sebanyak lapan stesen mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Johan Setia (155), Shah Alam (153), Wilayah Persekutuan Putrajaya (152), Nilai, Negeri Sembilan (152), Klang, Selangor (151), Cheras, Kuala Lumpur (141), Port Dickson (120) dan Seremban (114). – KOSMO! ONLINE
The post Serian pagi ini semakin pulih daripada jerebu teruk appeared first on Kosmo Online.





