Empat kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat kawasan catat IPU tidak sihat
Cheras antara 57 kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana setakat ini.

KUALA LUMPUR - Johan Setia dan Klang di Selangor merupakan antara empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan IPU 154 dan Klang (139).

Dua lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai, Negeri Sembilan (130) dan Putrajaya (122).

Sementara itu, sebanyak 57 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana antaranya Shah Alam dan Banting, Selangor yang masing-masing mencatatkan IPU 98 dan 97 serta Cheras (95).

Tujuh kawasan berada pada tahap baik iaitu Kangar, Perlis dengan bacaan IPU 49 dan beberapa kawasan di Sarawak iaitu ILP Miri dan Miri, Sarawak masing-masing (47), Mukah (46), Sibu (44), Limbang (35) serta Kota Kinabalu, Sabah (45).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved