Lapan kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 10:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat
Lapan kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini. Foto fail

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Tiga kawasan di Selangor merekodkan IPU tahap tidak sihat iaitu Johan Setia dengan bacaan 155, Shah Alam (153) dan Klang (151).

Di Negeri Sembilan, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (152), Port Dickson (120) dan Seremban (114).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Putrajaya dengan bacaan 162 dan Cheras, Kuala Lumpur (141).

Sementara itu, sebanyak 53 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan tujuh kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved