Sering Digigit Nyamuk? Ini Antara Sebab Kenapa Nyamuk Lebih Tertarik Dengan Anda

26 Oct 2022 • 7:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selalu ‘dicium’ nyamuk sehingga berbintat

Sering Digigit Nyamuk? Ini Antara Sebab Kenapa Nyamuk Lebih Tertarik Dengan Anda. Sudah pasti jika kita sedang bersantai di ruang tamu atau di luar rumah, pasti anda akan berasa sedikit terganggu apabila digigit nyamuk.

Namun, sewaktu anda melihat orang sekeliling, rupanya anda seorang sahaja yang sibuk menggaru sementara orang lain ‘chill’ dan tenang sahaja seakan tiada apa yang sedang berlaku.

Hakikatnya, memang ada orang yang lebih menarik untuk dijadikan santapan buat si nyamuk. Hal ini kerana ia melibatkan komponen darah dan juga aroma yang dikeluarkan oleh tubuh seseorang.

image is not available
Sering Digigit Nyamuk? Ini Antara Sebab Kenapa Nyamuk Lebih Tertarik Dengan Anda

Apa sebab nyamuk lebih suka gigit anda? Jom lihat di sini

Golongan darah

Antara sebab seseorang itu lebih sering digigit nyamuk adalah kerana golongan darah. Golongan darah O lebih disukai oleh nyamuk berbanding golongan darah A, B, ataupun AB.

Hal ini dibuktikan menerusi penelitian dalam Journal of Medical Entomology. Penelitian ini menyebutkan bahawa golongan darah yang tidak disukai nyamuk adalah jenis A.

image is not available
Wanita hamil sasaran utama nyamuk. Sumber: CDC

Wanita hamil

Selain itu, wanita yang sedang hamil juga lebih sering digigit oleh nyamuk. Salah satu sebabnya kerana berhubung dengan kadar karbon dioksida yang dihasilkan.

Secara amnya, wanita hamil cenderung mengeluarkan karbon dioksida lebih banyak berbanding orang normal. Suhu tubuh wanita hamil biasanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan suhu badan orang biasa.

Peluh atau keringat

Sebab lain seseorang itu sering digigit nyamuk adalah kerana berpeluh. Orang yang berpeluh ini menghasilkan bau badan yang ‘khas’ menjadikan mereka lebih sering digigit nyamuk.

Nyamuk memiliki kemampuan untuk mencium bauan aroma dari keringat atau bau badan seseorang yang menarik untuk didekati.

image is not available
Cara nyamuk mengesan mangsanya. Sumber: Cell Press

Karbon dioksida

Karbon dioksida juga antara penyebab nyamuk lebih tertarik untuk menghisap darah seseorang itu. Hal ini menyebabkan kerana nyamuk lebih mudah untuk mengesan keberadaan anda di suatu tempat.

Karbon diokasida adalah gas yang dihasilkan hasil dari pernafasan manusia yang ternyata amat disukai oleh nyamuk. Bahkan, nyamuk mampu mengenali dan merasakan karbon dioksida yang dihasilkan dari jarak yang cukup jauh.

Bau alkohol

Akhir sekali, sebab lain seseorang itu lebih gemar digigit oleh nyamuk adalah kerana bau alkohol. Siapa sangka nyamuk ini sebenarnya lebih sukakan orang yang meminum alkohol.

Satu penelitian menyatakan bahawa nyamuk lebih banyak mendarat dan mendekati orang yang lebih sering atau banyak minum alkohol.

image is not available
Gambar hiasan

Jadi, itulah beberapa sebab mengapa seseorang itu lebih sering digigit oleh nyamuk. Justeru anda haruslah berwaspada dengan gigitan nyamuk kerana berkemungkinan membawa penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan.

Ingin ketahui fakta menarik yang lain, boleh baca di sini: