Sering Kongsi Momen Bahagia, Ada Netizen Tuduh Fattah Amin ‘Try Hard’ Nak Romantik – “Nampak Tak Ikhlas, Be Yourself Jelah”

EntertainmentLifestyle
19 Sep 2025 • 9:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun sudah bergelar suami kepada penyanyi, Amira Othman, Ahad lalu, nama pelakon, Fattah Amin terus menjadi bualan warganet di platform media sosial.

Dapat dilihat menerusi platform Threads, tular video memaparkan momen ‘sweet’ Fattah dan Amira selepas bergelar suami isteri, sebelum berangkat ke luar negara untuk berbulan madu.

image is not available

Bahkan dalam perkongsian yang sama, dilihat pasangan itu saling menyuap satu sama lain, menaiki bot serta meluangkan waktu bersama di tepi pantai.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, ramai peminat yang tumpang gembira melihat kebahagian pasangan tersebut selepas sah disatukan dan mendoakan agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

image is not available

image is not available

image is not available

Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang kurang senang melihat momen-momen bahagia mereka, malah menuduh aktor berkenaan ‘try hard’ untuk menampakkan dirinya seorang suami yang romantik.

image is not available

Sekadar info, kini Fattah dan Amira sedang berbulan madu di Zurich, Switzerland dan dijadualkan untuk ke beberapa lokasi, namun tidak dikongsikan secara terperinci.