“Serious geli” – Netizen Kurang Selesa Que Haidar Tayang Dada Di GV?

EntertainmentLifestyle
17 Nov 2025 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Penampilan Que Haidar di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 12 (GV12) menimbulkan kontroversi apabila beberapa penonton menyatakan rasa kurang selesa dengan pemakaiannya yang mendedahkan dada.

Beberapa netizen menerusi Threads menyatakan perasaan kurang senang mereka berkenaan isu tersebut.

image is not available

“Que Haidar ni bengap ke bodoh? Gegar Vaganza ini rancangan keluarga tau tak. Kau memang tak reti pakai baju pasang butang sampai atas ke?

Rancangan ni ada etika pemakaian brader. Menyampah tengok. Elok dah dia butang, pergi buka balik. Nak tunjuk apa pun tak tahu. Baik tak payah pakai baju,” tulisnya.

Disebabkan komen-komen tersebut, timbul persepsi bahawa Que Haidar tidak mematuhi etika pemakaian dalam sebuah rancangan yang bersifat tontonan umum.

Ramai yang kecewa apabila wajah Que sering dipaparkan di skrin kerana ia ditempatkan di belakang barisan juri sepanjang rancangan berlangsung.

Menurut mStar, sebagai respon, ketua juri Datuk Ramli MS menegur Que secara spontan. Que kemudian menutup butang bajunya, tetapi hanya buat sementara setelah ditegur, dia dilihat membuka sebahagian butang kembali.

Sebelum ini, Que Haidar pernah menjadi perhatian ramai melalui video parodi “Jamilah” yang menunjukkan dirinya terbaring tanpa berbaju, dan kini ia kembali menjadi perbualan kerana penampilannya di GV12.

Sumber: mStar, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.