“Seriously Saya Akan Buang Sekarang” – Netizen Tegur Intan Najuwa Beli Barang Didakwa Dalam Senarai Boikot

EntertainmentLifestyle
9 Oct 2025 • 9:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular, Datin Intan Najuwa mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian barangan daripada jenama antarabangsa yang berpotensi dalam senarai boikot.

Menerusi hantaran di TikTok, Intan berkongsi video dirinya membuka bungkusan set perkakas dapur yang dipercayai daripada sebuah jenama mewah luar negara.

Namun, selepas ada warganet yang mempersoalkan sama ada jenama tersebut termasuk dalam senarai boikot produk berkaitan Israel, Intan tampil memberikan penjelasan.

Adakah jenama ini termasuk dalam mana-mana senarai boikot?

Saya sudah semak kedua-dua senarai boikot dan juga di laman web BDS Movement tapi jenama ini tidak tersenarai pula.

Menurut Intan, dia sentiasa memastikan setiap pembelian dibuat selepas menyemak senarai rasmi gerakan boikot (BDS Movement) bagi mengelak tersilap membeli barangan yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel.

image is not available

Malah, pelakon berusia 27 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk membuang barangan tersebut sekiranya terbukti termasuk dalam senarai boikot.

Tolong beritahu saya kalau saya tersilap. Serius, kalau tersenarai, saya akan buang semua barang tu sekarang juga.

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet menasihatkan agar Intan tidak membuang barangan tersebut kerana yakin jenama berkenaan tidak termasuk dalam senarai boikot.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-09 20:58:28

“Tap Kad Nak Masuk Tandas?” – Mesin PayWave RM1 Di Bangunan Kerajaan Kedah Curi Perhatian Netizen