Ditegur netizen, Intan Najuwa dah semak senarai boikot sebelum beli – “Kalau tersenarai, saya akan buang…”

9 Oct 2025 • 9:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menegaskan beliau sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian barangan daripada jenama yang diboikot.

Dalam hantaran di TikTok baru-baru ini, Intan dilihat membuka bungkusan berisi set perkakas dapur dipercayai daripada jenama antarabangsa.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Intan Najuwa dah semak senarai boikot

Apabila ditanya warganet mengenai status jenama tersebut, Intan menjelaskan bahawa beliau telah menyemak senarai jenama boikot terlebih dahulu.

“Saya sudah semak kedua-dua senarai boikot dan juga di laman web BDS Movement, tetapi jenama ini tidak tersenarai,” katanya.

image is not available

Tambah beliau, sekiranya jenama berkenaan disahkan termasuk dalam senarai boikot, beliau akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Tolong beritahu saya jika saya tersilap. Serius, kalau tersenarai, saya akan buang semua barang itu sekarang juga,” jelasnya.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Intan supaya tidak membuang barangan tersebut kerana yakin ia tidak tersenarai.

image is not available image is not available

Selain itu, mereka turut memuji keprihatinan pelakon drama Racun Rihanna itu terhadap gerakan boikot barangan Israel.

Sumber: TikTok intannajuwaaa