“Kami Macam Keluarga” – Dah 3 Tahun Berlalu, Kim Seonho Akui Masih Rapat Dengan Ahli ‘2 Days 1 Night’

EntertainmentLifestyle
19 Aug 2024 • 12:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa sangka kan dah 3 tahun sejak Kim Seon-ho keluar dari program “2 Days 1 Night”.

Baru-baru ini dalam satu temu bual, Kim Seon-ho mengaku bahawa hubungannya bersama ahli “2 Days 1 Night” masih rapat meskipun dia tidak lagi terlibat dalam program itu,

Saya masih bergaul mesra dengan ahli ‘2 Days 1 Night’. Rancangan hiburan adalah sesuatu yang apabila awak luangkan waktu bersama, awak akan menjadi rapat seperti keluarga.

image is not available

Kemudian ketika ditanya jika dia ingin mencabar diri lagi dalam rancangan hiburan di masa hadapan, Kim Seon-ho menjawab,

Saya belum banyak menunjukkan diri saya sebagai pelakon. Jika ada masa, saya mahu mencabar diri saya dalam program hiburan dengan orang-orang baik.

Rindu kan nak tengok kekecohan Kim Seon-ho dalam “2 Days 1 Night”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.