Servis Ihsan MADANI – Dapatkan Diskaun Perodua, Proton dan Petronas Bermula 17 Ogos 2026 ini

LocalCars
17 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Program Servis Ihsan MADANI dengan kerjasama Perodua, Proton dan Petronas AutoExpert kembali menawarkan pakej penjimatan istimewa untuk pemilik kenderaan Perodua bermula dari 17 Ogos 2026 ini.

Kempen ini merupakan kerjasama antara Perodua, Proton & Petronas bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca artikel di bawah.

Pengenalan Servis Ihsan Madani

Servis Ihsan MADANI (SIM) merupakan inisiatif utama di bawah Program Payung RAHMAH MADANI oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Program ini direka khas untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, melalui penawaran subsidi dan diskaun khas bagi kos penyelenggaraan kenderaan peribadi.

Program SIM ini merupakan program kerjasama di antara KPDN dengan tiga (3) pemain utama dalam industri automotif di Malaysia iaitu:

  • PETRONAS Dagangan Berhad melalui Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX);
  • Perodua Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melalui Servis Ihsan MADANI@Perodua (SIM@Perodua); dan
  • Proton Edar Sdn. Bhd. (Proton) melalui Servis Ihsan MADANI@Proton (SIM@Proton).

Program Servis Ihsan MADANI @ Perodua (SIM@Perodua)

Program Servis Ihsan MADANI @ Perodua (SIM@Perodua) kembali lagi secara rasmi dengan promosi terkini bermula 17 Ogos 2026 sehingga 30 September 2026 (untuk hari Isnin hingga Rabu sahaja).

Melalui promosi Servis Ihsan Madani ini, anda boleh dapatkan:

  • Diskaun 10%: Potongan terus bagi komponen alat ganti (parts) dan kos buruh (upah upah).
  • Subsidi RM70: Rebat tunai khas sumbangan daripada Kerajaan Malaysia.
  • Perodua e-Voucher RM20: Baucar digital percuma yang boleh digunakan untuk sesi servis kenderaan yang seterusnya.
servis ihsan madani
Sumber: Perodua
  • Tempoh Kempen: Bermula 17 Ogos sehingga 30 September 2026.
  • Hari: Terhad pada hari Isnin hingga Rabu sepanjang tempoh kempen.

Diskaun & Promo Servis Ihsan MADANI Perodua

Setiap pemilik kenderaan yang menempah dan layak akan menikmati:

  1. Diskaun 10% terus untuk komponen alat ganti (parts) dan kos buruh (upah).
  2. Subsidi RM70 tajaan daripada Kerajaan Malaysia.
  3. e-Voucher Perodua RM20 percuma untuk digunakan pada sesi servis yang seterusnya.

Syarat Kelayakan

Bagi menikmati diskaun dan promo di atas, pemilik kenderaan hendaklah mematuhi syarat berikut:

  • Perbelanjaan Minimum: Hanya sah untuk kerja-kerja servis kenderaan dengan kos keseluruhan RM280 ke atas.
  • Cara Tempahan: Pengguna wajib menempah slot temu janji terlebih dahulu menerusi aplikasi rasmi UFirst.

Cara Membuat Tempahan Slot Temujanji di Perodua

Untuk membuat tempahan temujanji di Perodua, anda boleh rujuk cara-caranya di bawah:

  1. Muat turun aplikasi Perodua UFirst melalui Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery.
  2. Buka aplikasi mudah alih UFirst dan klik MyPassport untuk meneruskan log masuk atau pendaftaran.
  3. Bagi yang bukan ahli UFirst, sila teruskan pendaftaran atau aktifkan akaun UFirst anda, klik butang “Sign-Up”.
  4. Selepas log masuk, klik ikon laman utama (home) di bahagian atas sebelah kanan.
  5. Klik ikon E-Appointment untuk melihat skrin permintaan janji temu.
  6. Pilih nombor pendaftaran kenderaan (no. plat) yang ingin anda buat janji temu servis.
  7. Klik “Book Now” untuk mula membuat e-Appointment servis anda.
  8. Selepas membaca dan memahami penafian (disclaimer) e-Appointment, ketik “OK” untuk meneruskan ke skrin e-Appointment.
  9. Sahkan atau kemas kini nombor telefon untuk panggilan pengesahan dan peringatan servis.
  10. Masukkan nama penghantar kenderaan supaya pusat servis dapat menyediakan jadual dengan betul.
  11. Klik pada ruangan pusat servis pilihan untuk mengedit dan memilih pusat servis yang ingin anda tempah.
  12. Untuk melihat pusat servis dengan tepat, pilih negeri (terdapat di bahagian atas sebelah kiri skrin) pusat servis pilihan anda.
  13. Pusat servis yang menerima permintaan e-appointment akan memaparkan ikon e-appointment.
  14. Pilih pusat servis tersebut untuk meneruskan permintaan janji temu.
  15. Pilih tarikh yang masih kosong dan sesuai dengan jadual anda.
  16. Klik pada pilihan julat masa untuk melihat waktu janji temu yang tersedia.
  17. Pilih slot masa yang masih kosong dan bersesuaian dengan anda.
  18. Semak semula ringkasan janji temu sebelum mengesahkan permintaan e-Appointment anda.
  19. Selepas menyemak, klik “Submit” untuk menempah slot janji temu di pusat servis yang dipilih.
  20. Baca dan fahami notifikasi amaran yang menyatakan slot janji temu anda telah ditetapkan dan sedang menunggu untuk diproses.
  21. Untuk menyimpan tarikh janji temu ke dalam kalendar telefon, klik “SAVE TO CALENDAR” dan benarkan aplikasi UFirst mengakses kalendar telefon anda. Untuk menutup dialog mesej, klik “OK”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Perodua UFirst FAQ.

Cara Kira Anggaran Bayaran Servis Berkala di Perodua

Oh ye, sekarang ni anggaran bayaran untuk servis berkala pun dah boleh check kat website Perodua tau. Kalau dah tahu anggaran, senang kita nak bajet awal-awal berapa kos servis yang diperlukan.

Boleh terus pergi ke: https://www.perodua.com.my/ms/selepas-jualan/penyelenggaraan-servis-berkala

Pilih varian dan selang masa, anggaran bayaran akan terus dipaparkan macam di bawah:

Cara Kira Anggaran Bayaran Servis Berkala di Perodua

Program Servis Ihsan MADANI @ Proton (SIM@Proton)

Program Servis Ihsan MADANI @ Proton (SIM@Proton) kembali lagi secara rasmi dengan promosi terkini bermula 17 Ogos 2026 sehingga 17 September 2026.

Melalui promosi Servis Ihsan Madani ini, anda boleh dapatkan:

  • Diskaun RM70 untuk servis asas
  • Pemeriksaan Keselamatan 40-Poin PERCUMA
Program Servis Ihsan MADANI @ Proton (SIM@Proton)
Sumber: Proton Cars

Cara Membuat Tempahan Slot Temujanji di Proton

Tempahan temujanji boleh dilakukan melalui aplikasi Proton Link 2.0 atau di pusat servis PROTON pilihan anda.

Muat turun aplikai Proton Link 2.0 melalui:

  1. Google Play
  2. App Store

Program Servis Ihsan MADANI @ Petronas AutoExpert (SIM@PAX)

Program Servis Ihsan MADANI @ Petronas Auto Expert (SIM@PAX) kembali lagi secara rasmi dengan promosi terkini bermula:

  • 17 Ogos 2026 sehingga 30 Ogos 2026
  • 2 September 2026 sehingga 15 September 2026

Melalui promosi Servis Ihsan Madani ini, anda boleh dapatkan:

  • Pemeriksaan 18 poin
  • Diservis oleh juruteknik terlatih mengikut piawaian Petronas
  • Minyak pelincir Petronas tulen

Cara Membuat Tempahan Slot Temujanji di Petronas Auto Expert

Tempahan temujanji boleh dilakukan melalui aplikasi SETEL.

Jika belum ada, muat turun aplikasi Setel dari Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Servis Ihsan Madani 2026, sila rujuk:

Soalan Lazim Servis Ihsan Madani

Apakah Servis Ihsan Madani?

Ia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH yang bertujuan membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos sara hidup berhubung kos penyelenggaraan kenderaan.

Siapa yang layak menyertai program SIM@Perodua ini?

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia pemilik kenderaan persendirian jenama Perodua yang mempunyai cukai jalan (road tax) sah. Kenderaan berdaftar syarikat/komersial tidak layak.

Adakah kereta lama atau baharu sahaja yang layak?

Semua model kereta Perodua layak tanpa mengira had umur kenderaan mahupun jumlah perbatuan (mileage).

Adakah promosi ini sah pada bila-bila hari?

Tidak. Tawaran subsidi dan diskaun ini hanya sah untuk tempoh yang ditentukan.

Bila tarikh program SIM@Proton?

Program Servis Ihsan MADANI @ Proton (SIM@Proton) bermula 17 Ogos 2026 sehingga 17 September 2026.

Apa yang ditawarkan oleh Program Servis Ihsan MADANI @ Petronas AutoExpert (SIM@PAX)?

– Pemeriksaan 18 poin
– Diservis oleh juruteknik terlatih mengikut piawaian Petronas
– Minyak pelincir Petronas tulen

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved