
Semalam, dikhabarkan satu tragedi telah melanda di selatan tanah air Korea apabila sekurang-kurangya 149 orang telah maut dalam satu kejadian sesak di Itaewon.
Dianggarkan hampir 100,00 orang telah berkumpul di Itaewon sempena sambutan perayaan Halloween terbesar sejak perayaan itu ditangguh disebabkan Covid-19.
Pesta jadi tragedi maut

Ketua Jabatan Bomba Yongsan berkata, angka itu berkemungkinan meningkat disebabkan jumlah mereka yang cedera dan kritikal terlalu ramai dan tidak dapat dinyatakan.
Mereka terperangkap selama kira-kira satu setengah jam sebelum diselamatkan, ketika beberapa orang menjerit; Tolong saya! dan yang lain sesak nafas – Mangsa
Mangsa-mangsa yang maut kebanyakan dalam lingkungan 20-an dan telah dihantar ke hospital dan gimnasium untuk proses pengecaman daripada keluarga.
Kredit: Buletin TV3
The post Sesak Dalam Lorong Sempit, 149 Orang Maut Sambut Halloween appeared first on Oh! Media.

