
TAPAH – Sekolah Menengah Sains Tapah (SeSTa) mencipta rekod bersejarah apabila menjuarai Anugerah Lima Bintang untuk tiga tahun berturut-turut pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2026.
Pengetua (SeSTa), Nor Hashimah Abdul Samat berkata, kejayaan membanggakan itu diraih kerana berkat penerapan ‘Budaya Cemerlang’ dalam menguruskan penginapan murid sehingga mencapai kejayaan tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2024, 2025 dan tahun ini.
“Persaingan sihat melibatkan 72 buah sekolah berasrama penuh (SBP) yang masing -masing memiliki kekuatan, keunggulan dan aspirasi untuk menang membuktikan keazaman kami,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, di sebalik kejayaan yang terukir gemilang, semua pihak melibatkan sekolah terus melangkah tanpa mengenal erti keletihan.
Jelasnya, sokongan padu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang sentiasa bersama-sama sekolah dengan menyumbang tenaga, idea, sokongan dan keprihatinan demi memastikan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak terus terbela. – KOSMO! ONLINE
The post SeSTa cipta sejarah tiga tahun johan asrama lima bintang appeared first on Kosmo Online.




