
PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta dipandu melawan arus di laluan menuju ke Plaza Tol MEX Putrajaya mengundang panik pengguna jalan raya lain.
Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum dikongsikan di Threads Facebylila.
Menerusi video pertama, kenderaan berkenaan dilihat bergerak di laluan bertentangan sebelum berdepan sebuah Perodua Alza berwarna putih.
Dalam video kedua pula, kedengaran pemandu Perodua Alza berkenaan menjerit memberi amaran kepada kenderaan tersebut bagaimanapun amaran itu tidak diendahkan.
“Gila apa lawan arus orang ni. Dalam video kedua, sampai dengar kereta putih ni jeritlah dekat kereta yang lawan arus ni,” tulis hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu berkenaan yang boleh membahayakan orang lain.
“Selepan ini kalau jadi begini halang kerata tu ramai-ramai suruh dia ‘u-turn’. Jangan bagi orang macam ni muka, orang Malaysia ni terlalu baik bagi jalan dekat dia,” kata Nafhah.
“Tadi saya naik motor nak hantar order Grab lalu tol MEX ni terkejut tengok dia lawan arus. Lepastu siap buat tangan lagi suruh orang semua ke tepi nak bagi dia lalu. Banyak syok hidup dia,” kata Akmal.
“Dah tahu lawan arus kenapa lah tak boleh putar stereng ‘u-turn’ bukan susah pun biarlah lambat sampai asal selamat, geram pulak aku,” kata Onlyaisz. – KOSMO! ONLINE
The post Sesuka hati pandu lawan arus appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Banjir kilat landa sekitar i-City, Seri Kembangan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/f3a26c6e-e829-481c-87de-aa02572e78eb-1024x768.jpeg)
![[VIDEO] Aksi polis kejar lori hijau di Pasir Gudang tular](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/polis-kejar-lori-1024x721.jpeg)