Set Kepala Meta Quest 3S Dilancarkan Dengan Harga Lebih Rahmah

TechnologyDigital
26 Sep 2024 • 7:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Prototaip cermin mata AR Meta Orion mungkin dapat perhatian dunia di Meta Connect kerana kemampuan dikawal dengan hanya berfikir tetapi terdapat beberapa lagi pengumuman menarik dilakukan seperti pelancaran Meta Quest 3S. Ini ialah set kepala realiti terimbuh (AR) yang dipasarkan sebagai model degan harga lebih mampu milik berbanding Meta Quest 3.

image is not available

Ia dilengkapi perkakasan yang sama tetapi dengan teknologi skrin dengan resolusi 1832×1920 pixel pada setiap mata yang lebih rendah berbanding Quest 3 tetapi lebih baik berbanding Quest 2. Ia masih dijana cip Snapdragon XR2 Gen 2, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4,324 mAh. Menurut Meta ini membolehkan Quest 3S digunakan selama 2.5 jam secara berterusan.

image is not available

Sistem operasi Meta Horizon OS membolehkan pelbagai aplikasi realiti maya 3D dan 2D dijalankan oleh Quest 3S. Kawalan boleh dilakukan menerusi penjejakan jari tanga, dua alat kawalan Touch Plus yang diberikan dengan setiap pembelian atau kawalan menggunakan suara menerusi sokongan Meta AI.

Di Amerika Syarikat Meta Quest 3S sudah boleh dipratempah dengan harga jualan bermula $299.99 (~RM 1239) untuk satu set lengkap. Sebagai perbandingan Meta Quest 3 dijual pada harga bermula $499 (~RM 2061).