Sudah banyak peluang diberikan, Bella Astillah nekad tuntut cerai

13 Mar 2024 • 4:23 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Tidak mampu lagi mempertahankan rumah tangganya yang seringkali dilanda badai, akhirnya pelakon dan penyanyi, Bella Astillah nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Aliff Aziz.

“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Dah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat berikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya memetik laporan media.

Dia berkata demikian pada sebutan kes perceraian dengan suaminya itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan perceraian ke atas Aliff di mahkamah sama pada Isnin lalu.

Diwakili peguam syarie Azmi Rais dari Zulkifli Yong Azmi & Co, Bella hadir ke mahkamah dengan ditemani ibu serta adiknya, Didi Astillah. – 13 Mac, 2024