Nekad bercerai dengan Aliff Aziz, keputusan Bella disokong rakan2 artis

Entertainment
13 Mar 2024 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Nekad bercerai dengan Aliff Aziz

Tindakan selebriti terkenal, Bella Astillah yang nekad bercerai dengan Aliff Aziz nampaknya disokong oleh rakan-rakan artis apabila masing-masing bersatu memberikan kekuatan kepadanya.

Bella kongsi video di mahkamah syariah

Menerusi video yang dikongsi Bella sewaktu berada di mahkamah syariah bagi sebutan kes penceraian yang telah difailkan pada 11 Mac lalu, ruangan komen Instagramnya dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada rakan artis yang pasti mengikuti kisah kemelut rumah tangga pasangan itu sejak beberapa waktu kebelakangan ini.

Nekad bercerai dengan Aliff Aziz, perkongsian Bella Astillah dapat perhatian rakan2 artis

Kebanyakan mereka menyatakan yang pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah sudah terlalu penat dan dia layak untuk merasai kebahagiaan dalam berkeluarga.

Mereka juga menasihati agar pelakon itu terus pandang ke hadapan serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

image is not available

 

 

Nekad bercerai dengan Aliff Aziz, rakan nasihat supaya tak beri peluang lagi

image is not available

Ramai sayang Bella

image is not available

 

Bella berhak hidup tenang dan bahagia

image is not available

 

Terbaru, Bella Astillah telah membuat keputusan untuk berpisah dari Aliff Aziz setelah kembali rujuk sekitar lima tahun lalu.

Ujar selebriti itu, Aliff dimaklumkan bersetuju dengan keputusan untuk berpisah demi kebaikan masing-masing.

Walau bagaimanapun, Aliff tidak muncul di mahkamah pada hari ini dengan alasan masih terikat dengan pengambaran drama dan proses kes berkenaan penceraian mereka akan ditunda bulan hadapan.

Sumber: Instagram bellaastillah