Setahun Sharnaaz Ahmad Tak Bercakap Dengan Shukri Yahaya Gara-Gara Terlampau Jiwai Watak - “Kalau Orang Tanya Punca…”

17 Apr 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Digandingkan dengan dua hero iaitu Syafiq Kyle dan Shukri Yahaya, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari keserasian.

Mudah cari keserasian

Hubungan baik yang sudah lama terjalin dengan dua aktor hebat itu juga membantu dalam menjiwai watak masing-masing dalam filem terbaharu lakonan mereka.

 

“Saya layan Syafiq dan Shukri di luar set pun memang macam adik saya, jadi tiada masalah untuk kami cari keserasian.

 

“Semuanya berjalan dengan baik, mereka pun memang aktor hebat, jadi isu cari chemistry ini bukan masalah besar,” katanya.

Setahun tak bercakap

Bagaimanapun Sharnaaz mendedahkan hubungannnya dengan Shukri menjadi seakan-akan ‘dingin’ adik-beradik selama setahun dek terbawa-bawa karakter masing-masing.

Namun, dia bersyukur ‘jiwa koyak’ antara mereka kembali pulih baru-baru ini.

 

“Sebenarnya saya dan Shuk tak bercakap selama setahun termasuk sepanjang tempoh penggambaran. Seperti ada satu perasaan yang tak boleh saya gambarkan dengan kata-kata wujud jiwa masing-masing.

 

“Semuanya sebab kami terlampau hidup dalam karakter masing-masing. Saya tidak tahu apa dalam hati dia dan dalam otak saya, namun syukurlah hubungan kembali pulih, kami baru bercakap macam biasa pada raya lalu.

 

“Kalau orang tanya punca, kami pun tak tahu. Ini bukan bergaduh secara peribadi ke apa, ini semua disebabkan terlalu masuk dalam karakter,” kongsinya.