Setahun Tragedi Tanah Mendap Jalan Masjid India, Anak Mangsa Adakan Ritual Doa

25 Aug 2025 • 9:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Setahun selepas tragedi tanah mendap di Jalan Masjid India, anak kepada mangsa kejadian itu kembali ke lokasi berkenaan bagi mengadakan upacara doa memperingati pemergian ibunya.

Genap setahun tragedi tanah mendap

Menurut laporan Berita Harian, M Surya, 25, anak kepada mendiang G Vijayalakshmi, mengadakan ritual thavasam di laluan pejalan kaki yang telah dibaik pulih, iaitu tempat ibunya terjatuh ke dalam mendapan tanah pada 23 Ogos tahun lalu.

image is not available

Foto: Berita Harian

Dalam upacara ringkas itu, Surya meletakkan gambar ibunya dalam bingkai, menghiasinya dengan kalungan bunga serta menyediakan persembahan makanan di atas daun pisang.

Surya juga turut mengedarkan makanan dan minuman kepada orang ramai sebagai anathanam (sedekah makanan) dengan doa agar roh ibunya bersemadi dengan tenang.

Tragedi yang berlaku pada 8.22 pagi tahun lalu itu meragut nyawa Vijayalakshmi, 48, warga India yang terjatuh ke dalam tanah mendap sedalam lapan meter ketika dalam perjalanan ke kuil berhampiran.

image is not available

Foto: BH

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan secara besar-besaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama DBKL serta beberapa agensi lain, namun usaha tersebut berdepan pelbagai cabaran sebelum ditamatkan selepas sembilan hari.

Pada 1 September 2023, DBKL menyerahkan sumbangan ihsan berjumlah RM30,000 kepada keluarga mangsa sebagai tanda keprihatinan.

Sumber: Berita Harian (Kalbana Perimbanayagam)