Setel kenakan caj 1% tambah nilai guna kad kredit

LocalBusiness & Finance
8 Nov 2024 • 6:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setel telah mengumumkan perubahan pada struktur caj perkhidmatan mereka. Perlu anda kentahui yang bermula 5 Disember 2024, caj sebanyak 1% akan dikenakan kepada tambah nilai menggunakan kad kredit. Hal ini bermakna untuk setiap RM1,000 tambah nilai, caj RM10 dikenakan.

image is not available

4 daripada 5 kaedah tambah nilai tiada Convenience Fee

Hanya tambah nilai melalui kad kredit sahaja dikenakan convenience fee sebanyak 1%, itupun dikenakan kalau anda tak gunakan fungsi auto top-up. Empat lagi saluran tambah nilai masih tidak dikenakan caj tambahan seperti:

  • perbankan dalam talian
  • e-dompet
  • auto top-up (kad debit / kad kredit)
  • kad debit

Caj tambahan untuk tambah nilai e-wallet adalah perkara biasa. Awalnya, ramai penyedia perkhidmatan tidak mengenakannya kepada pelanggan kerana ingin menarik minat pengguna baharu. Sebenarnya, caj itu diserap oleh penyedia perkhidmatan sampailah satu tahap.

Contohnya, BigPay mengenakan caj tambahan 3% bermula 30 Ogos 2024 sementara TNG eWallet mengenakan cas tambahan 1% bermula 2 Februari 2024.