“Biarlah negara sebelah je yang amalkan” – Restoran Kenakan Caj ‘Aircond’ Cetus Perdebatan Netizen

Entertainment
8 Nov 2024 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, setiap restoran akan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan yang hadir makan di dalam premis.

Bagaimanapun, ada juga restoran yang mengenakan caj tambahan lain namun caj yang dikenakan seperti di restoran ini telah mencetuskan perdebatan orang ramai.

Satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna platform X, menunjukkan sekeping gambar yang memaparkan resit daripada sebuah restoran popular di ibu kota mengenakan caj RM1 kepada pelanggan yang mahu menikmati hidangan di kawasan berpendingin hawa.

Tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang dari segelintir netizen selain menyifatkan caj tambahan dikenakan oleh restoran tersebut sebagai sesuatu yang membebankan pelanggan.

Netizen mendakwa tindakan mengenakan caj sebegini sama seperti yang dilakukan di negara seberang.

“Hentikan bawa budaya semua benda nak caj ni, sampai aircond pun nak caj. Biar satu negara sebelah je yang amalkan benda-benda macam ni,” katanya.

 

image is not available

Malah, netizen turut membandingkan restoran yang memiliki jumlah pengunjung yang ramai seperti restoran mamak tidak pernah mengenakan sebarang caj.

image is not available image is not available image is not available

Pun begitu, ada yang mengakui sudah banyak restoran di sini terutama di kawasan tumpuan pelancong yang mengenakan caj sama.

Mereka berpendapat bahawa amalan itu tidak salah sekiranya pelanggan diberi pilihan untuk makan di kawasan yang tiada pendingin hawa tanpa dikenakan bayaran.

image is not available image is not available

Pandangan korang pula macam mana?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.