“Setia Pada Satu, Curang Akan Rosakkan Hubungan & Bisnes” – Video Lama Abang Tesla Tular Semula

21 Aug 2023 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam, kecoh di media sosial apabila salah seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla berkahwin untuk kali kedua.

Hal tersebut membuatkan ramai yang tidak berpuas hati, lagi-lagi dia membuat video memaparkan keadaan sayu isteri menangis sewaktu solat subuh bersama sebelum dirinya bernikah pagi itu.

Melalui laman Twitter, tular semula video lama influencer berkenaan berkata bahawa dia tidak akan berlaku curang kerana ia akan merosakkan hubungan yang sudah dibina bersama isteri.

Dalam pada masa yang sama juga, Abang Tesla berkata dia akan tetap setia pada yang satu tanpa memandang wanita lain.

Ayat-ayat yang dilontarkan sememangnya telah memakan diri sendiri selepas dia membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain.

Sekadar info, Abang Tesla menegaskan bahawa dia sudah mendapat izin isteri untuk berkahwin satu lagi dan luah rasa syukur kerana wanita itu reda hidup berpoligami.

image is not available 8 hours ago

"Ramai Tanya, Tak Sayang Bini Ke?" - Abang Tesla Beri Penjelasan Isu Poligami 'Viral', Minta Netizen Jaga Percakapan