Setiap kali bangun tidur saya rasa ada sesuatu tak selesai -- Azizulhasni

4 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Setiap kali bangun tidur saya rasa ada sesuatu tak selesai -- Azizulhasni

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, akhirnya berkongsi rasa selepas detik hitam yang berlaku sewaktu penampilannya dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Sehingga ke saat ini, rasa itu sering hadir membawa kepada keperluan untuk dia kembali mencari mata kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 demi sebuah perhitungan akhir.

Bagaimanapun, perjuangan kali ini pasti berbeza.

Tanpa kelibat orang kuatnya, John Beasley, sudah pasti persediaan ke Sukan Olimpik 2028 lebih janggal dan tidak seperti kebiasaan.

Azizulhasni akur dengan perkara itu, dan menegaskan kelainan yang dilaluinya kini bakal menjadi kekuatannya untuk menutup pintu Sukan Olimpik keenam peribadinya dengan lebih sempurna.

"Buat masa ini, saya hanya mahu fokus satu langkah untuk satu masa, saya mahu mencuba untuk layak terlebih dahulu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jika anda tanya saya, sekarang ini Sukan Olimpik untuk melengkapkan legasi saya, edisi keenam buat saya. Saya mahu mencari penutup terbaik untuk saya walau apapun keputusannya.

"Kerana sewaktu di Paris, saya tidak dapat betul-betul berlumba, saya tidak dapat menunjukkan prestasi saya.

"Kerana itulah setiap kali saya bangun, saya rasa tidak puas, seperti ada sesuatu yang tak selesai.

"Kerana itulah saya memilih untuk kembali."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved