Setiap sen wang rakyat perlu dijaga – Hannah

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 10:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Setiap sen wang rakyat perlu dijaga – Hannah

PETALING JAYA – Setiap menteri dan agensi perlu berdepan soalan sukar serta mengemukakan justifikasi, data dan rekod prestasi sebelum sebarang peruntukan bagi Belanjawan 2027 dipertimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, perkara itu dilihat sendiri ketika menghadiri sesi Belanjawan 2027 bersama Kementerian Kewangan, semalam.

Menurutnya, proses penelitian tersebut dilaksanakan secara teliti dan tegas di bawah kepimpinan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Dalam sesi Belanjawan 2027 semalam, saya melihat sendiri betapa teliti dan tegasnya Kementerian Kewangan di bawah kepimpinan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam menjaga wang pembayar cukai.

“Setiap menteri dan agensi perlu menjawab soalan-soalan sukar dengan justifikasi, data dan rekod prestasi tahun ini sebelum sesuatu peruntukan dipertimbangkan,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial.

Hannah pada masa sama merakamkan penghargaan kepada pasukan Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan yang membuat persediaan bagi sesi berkenaan.

Katanya, penelitian ketat terhadap setiap permohonan peruntukan penting bagi memastikan wang awam dibelanjakan secara berhemah dan mempunyai justifikasi kukuh.

“Saya menghargai proses yang tegas begini. Wang rakyat memang perlu dijaga dengan cermat,” katanya.

Belanjawan 2027 dijangka terus memberi tumpuan kepada keutamaan kerajaan dalam menentukan perbelanjaan dan peruntukan bagi kementerian serta agensi untuk tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

The post Setiap sen wang rakyat perlu dijaga – Hannah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved