
Masih lagi hangat dengan pencalonan dan pemilihan bakal Perdana Menteri ke sepuluh apabila masa yang diberi oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) semakin suntuk.
Baru-baru ini, parti Perikatan Nasional (PN) telah mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima satu lagi surat akuan berkanun (SD) yang membolehkan parti gabungan itu untuk membentuk kerajaan.
Sokong Muhyiddin

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi satu kenyataan media pada hari ini.
PN telah menerima satu lagi surat akuan berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatkan kepercayaan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. – Setiausaha Agong PN
Hamzah juga memberitahu bahawa surat akuan berkanun (SD) tersebut telah dihantar ke Istana Negara pada pagi ini.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
The post Setiausaha Agung PN Sahkan Terima Satu Lagi Surat Akuan (SD) Sokong Muhyiddin appeared first on Oh! Media.
