“Seumpama zina” – Ustaz Tegur ‘Content’ Promosi Minyak Wangi Sampai Tarik Perhatian Lelaki

Entertainment
3 May 2024 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular satu klip video yang memaparkan seorang wanita Muslim berjalan berdekatan dengan sekumpulan lelaki di tempat awam.

Dalam video itu, dapat dilihat sekumpulan lelaki tadi memalingkan muka ke arah wanita berkenaan seolah terhidu dan terpikat dengan wangian yang dipakainya.

“Nak tengok reaksi mereka bila terhidu bau perfume pemikat ni,” tulis kapsyen dalam video itu.

Difahamkan, video berkenaan adalah iklan untuk promosi minyak wangi yang dipakai wanita terbabit.

image is not available image is not available

Pembuka kepada zina

Bagaimanapun, video berkenaan telah mendapat teguran daripada seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Jafri Mahmoodi yang menyatakan perbuatan sebegitu dikira sebagai zina mata.

Jelas Ustaz Jafri yang memetik ulama Imam al-Munawi, para wanita yang memakai minyak wangi dengan bau kuat kemudian berjalan melalui kaum Adam, ia dikira sebagai perbuatan zina jika itu adalah tujuan asalnya.

“Kata Al-Imam al-Munawi, perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah dan melewati satu kaum laki-laki dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu seumpama penzina dari sudut mendapatkan dosanya.

“Dan perempuan itu jika mengenakan wangian yang melewati satu majlis yang dalamnya ada laki-laki dan dia mampu menaikkan syahwat lelaki dan mendorong mereka untuk memandang ke arahnya, setiap yang memandangnya telah melakukan zina mata.”

@jafrimahmoodi_off

Harap jangan buat promosi begini ya. Nak jual perfume kena tengok juga panduan syariat. Ada larangan yang berat tentang perempuan yang sengaja menarik perhatian lelaki dengan wangian. #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #tehtarikmahmudi #kidaf #kompleksislamdarulfaizin

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Wanita boleh pakai minyak wangi tapi…

Mengulas lanjut, Ustaz Jafri menjelaskan bukanlah ia bermaksud wanita tidak boleh langsung memakai minyak wangi.

Hukum wanita memakai wangian apabila keluar rumah adalah harus iaitu sekadar untuk menutup bau badannya. Bahkan, wanita akan mendapat ganjaran pahala sekiranya memakai minyak wangi untuk suami.

Nasihatnya, peniaga perlu berhati-hati dalam mempromosi sesuatu produk dan jangan pula sampai melanggar syariat Islam.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.