“SGD 110,000 setahun” – Recruiter Singapura Turun Malaysia Untuk Pengambilan Doktor & Jururawat, Tawar Gaji Lumayan

Entertainment
9 Jul 2025 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila bercakap mengenai pekerjaan dengan gaji yang lumayan dan berkali ganda dengan apa yang korang dapat di Malaysia, pasti ramai yang terbayang bekerja di negara jiran seperti Singapura yang ternyata mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi dari kita.

Baru-baru ini, tular di aplikasi Threads memaparkan hantaran daripada seorang individu berkenaan recruiter yang didakwa dari Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura bakal turun ke Kuala Lumpur untuk merekrut doktor serta jururawat di negara kita yang berminat untuk bekerja di sana.

image is not available

Dalam iklan tersebut, dipaparkan nilai gaji yang dianggar sebanyak SGD 110,000 bersamaan dengan RM365,074 setahun yang ditawarkan kepada doktor manakala, SGD 90,000 (RM298,697) bagi jururawat yang ingin bekerja di Singapura.

Peluang yang sangat bagus untuk kumpul savings sekurang-kurangnya selama 2 tahun dan kemudian pulang ke Malaysia jika homesick,” tulis hantaran tersebut.

image is not available

image is not available

Ramai luah risau kita kehilangan tenaga kerja berbakat

Hantaran tersebut telah mengundang rasa bimbang di kalangan netizen mengenai situasi penghijrahan graduan-graduan dan tenaga kerja di Malaysia ke luar negara yang mengejar tawaran gaji lumayan.

Malah ramai juga yang berharap pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu sebelum perkara ini menjadi lebih parah.

image is not available

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Makin lama, makin kuranglah doktor yang bertugas di Malaysia ni.

Sumber: Threads, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.