Shafie patut salahkan diri sendiri: Nizam

Politics
18 Feb 2023 • 12:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Adun Parti Warisan (Warisan) meninggalkan parti kerana Warisan tidak lagi sesuai dijadikan wadah untuk memperjuangkan hak dan rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata ini kerana pemimpin utama Warisan gemar mencipta polemik dan ketidakstabilan politik yang hanya menyulitkan rakyat dan mengganggu agenda kerajaan untuk membangunkan negeri.

“(Presiden Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepatutnya menyalahkan dirinya dan parti yang dipimpinnya apabila beberapa Adun Warisan keluar parti.