
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya secara rasmi dinamakan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Sabah pada Sabtu.
Ini susulan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan negeri itu merangkap pemilihan pemegang jawatan baharu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada sebelah petang.
Beliau memenangi jawatan itu tanpa bertanding dan begitu juga dengan dua Timbalan Presiden baharu Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Datuk Awang Kadin Tang.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak hadir ketika pengumuman dibuat pada akhir sesi.
SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more Sementara itu, empat Naib Presiden yang dipilih ialah Alijus Sipil, Datuk Fairuz Renddan, Rafie Robert, Dato’Sri Ruddy Awah dan Marasun Hassim manakala Ahli Majlis Tertinggi ialah Mohd Arziz Afizy Rumsani, Mohd Arzahri Abd Rahman, Mohd Rafiuddin Gulisan, Abd Aziz Mohd Ibno, Datuk Razak Sulaiman, Yuszaimie Abdullah, Jackson Taguah dan Rosman Hussain.
Aljius ketika ditemui kemudian berkata, laporan mesyuarat itu akan diserahkan kepada suruhanjaya sukan tidak lama lagi.
Beliau juga berkata Setiausaha Agung dan Bendahari hanya akan diumumkan selepas jawatankuasa majlis pertama yang dipengerusikan oleh Datuk Shahelmey.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Noor Azman Rahman turut hadir pada mesyuarat itu manakala pemilihan dikendalikan Datuk Penyuki Matta.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


