SHAKAM: Perjuangan bukan hanya untuk sepak takraw -- Sumali

11 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

SHAKAM: Perjuangan bukan hanya untuk sepak takraw -- Sumali

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menyifatkan perjuangannya memohon semakan semula kadar insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bukan hanya untuk sukan sepak takraw, sebaliknya mewakili kepentingan semua sukan membabitkan acara berpasukan.

Sumali, yang juga Chef-de-Mission (CDM) negara ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, menggesa barisan atlet negara untuk melipatgandakan usaha demi mencapai keputusan terbaik dalam semua pertandingan yang disertai, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

"Sebenarnya perjuangan ini bukan hanya untuk sepak takraw, perjuangan ini untuk semua sukan yang terlibat dengan acara berpasukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Ia bukan atas kapasiti saya sebagai Presiden PSM, sebaliknya sebagai CDM Sukan Asia dan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), jadi saya cuba menyampaikan hasrat untuk SHAKAM bagi acara pasukan patut disemak dan dikaji semula.

"Alhamdulillah, saya bersyukur. Atas kebijaksanaan dan keprihatinan YB Menteri (Belia dan Sukan, Taufiq Johari), dia telah mengadakan mesyuarat dan saya juga tidak jangka ia akan berkuat kuasa serta-merta."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved