Sharifah Amani umum hamil anak pertama lepas dua tahun bernikah

Family & Parenting
4 Feb 2024 • 12:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon versatil, Sharifah Amani umum hamil anak pertama apabila memuat naik momen sewaktu memberitahu keluarga dan kenalan tentang berita gembira itu di Instagramnya.

Berita gembira selepas dua tahun

Dapat dilihat reaksi keluarga dan rakan-rakan kepada pelakon berusia 37 tahun itu cukup teruja serta gembira dengan perkongsiannya tentang kandungannya sewaktu diberitahu.

Sharifah Amani umum hamil, kongsi kebahagian dengan keluarga & rakan

Dia yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris Amir, 38 nampak cukup bahagia sewaktu melihat keputusan kit ujian kehamilan bersama suami sebelum memberitahunya kepada ahli keluarga yang lain.

Selebriti berkenaan dan suami telah memuat naik momen bahagia itu dengan ucapan ringkas mengucapkan syukur diatas amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T.

image is not available

Sharifah Amani umum hamil, keluarga & kenalan teruja!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah di atas berita gembira yang dikongsikan pasangan tersebut.

Rata-rata mendoakan agar urusan Sharifah Amani dan suami terus dipermudahkan sehingga hari kelahiran anak pertama mereka kelak.

image is not available

Instagram dihujani ucapan tahniah

image is not available

Masing2 ucap syukur

image is not available

Untuk rekod, pelakon filem Sepet ini telah mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pegawai eksekutif CEO) Impact Integrated pada 9 September 2022.

Pasangan berkenaan telah mengambil keputusan untuk berkahwin selepas tiga tahun berkenaan walaupun pada awalnya hubungan hanya berlandaskan profesional dalam pekerjaan.

Sumber: Instagram Sharifah Amani