Malas Nak Hadap Tetamu Tak Diundang Ketika Kenduri Kahwin? Buku Tamu Digital Ini Bakal Bantu Pengantin!

Entertainment
14 Jan 2024 • 10:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular di platform media sosial X menerusi platform Curious Cat (CC) tentang perkongsian seorang wanita yang dirahsiakan identitinya bahawa dia terkilan kerana para tetamu majlis kenduri kahwinnya tidak cukup makanan kerana ada saudara mara pengantin perempuan yang secara tiba-tiba mengajak jiran-jiran mereka untuk turut datang ke majlis itu tanpa persetujuan dan pengetahuan pasangan pengantin.

Difahamkan, majlis nikah dan sanding wanita itu sepatutnya hanya menerima 150 orang sahaja kerana pengantin tersebut memang mahukan majlis yang kecil-kecilan sahaja.

Perkongsian wanita itu telah menarik perhatian ramai kerana meskipun mempunyai pertalian darah, saudara mara pengantin tidak sepatutnya melakukan sesuatu tanpa persetujuan pengantin itu sendiri.

Namun, sebuah syarikat di Indonesia ini pula telah menyediakan perkhidmatan buku tetamu digital yang akan membantu pengantin untuk menyelesaikan masalah tetamu yang tak diundang ketika majlis mereka.

Syarikat tersebut yang dikenali sebagai grinvitation di Instagram baru-baru ini telah berkongsikan perkhidmatan buku tetamu digital itu agar orang yang tidak dijemput tidak boleh masuk ke dalam dewan majlis.

 

Dalam video itu dapat dilihat bahawa tetamu yang diundang perlu mengimbas (scan) QR Code jemputan yang telah diberikan oleh pengantin sebelum hari majlis di pintu masuk dewan kenduri.

image is not available

Jadi, jika tetamu tak ada kod QR jemputan majlis itu, kiranya dorang tak boleh masuk lah.

Selain boleh menyelesaikan masalah tetamu ghaib atau orang yang tidak ddiundang, perkhidmatan tersebut juga memudahkan pengantin untuk mengetahui tetamu mana yang hadir dan siapa yang tak hadir sebab data akan terus masuk ke dalam komputer.

image is not available

Ye lah, bila kita ke majlis kahwin ni, kadang-kadang tu tak sempat jumpa dan bergambar dengan pengantin sebab kelam kabut.

Harapnya ada lah servis buku tamu digital yang kena scan kod QR jugak macam ni dekat Malaysia kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.