Wanita Diberikan Cuti Oleh Bos Sebab ‘Tak Ada Mood’

Entertainment
23 Jan 2024 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara ‘tak ada mood’ nak masuk kerja, pihak syarikat memberikan lampu hijau untuk meluluskan pekerja ini cuti dengan alasan dia tidak berpuas hati kerana tiada salji di tempatnya.

Menerusi sumber, insiden tersebut telah meraih pelbagai reaksi di sebuah platform media sosial di China.

Wanita yang berasal dari Hangzhou dekat wilayah Zhejiang kongsikan perkara ini menerusi sebuah video, dia menerangkan proses bagaimana dia boleh mendapat cutinya itu.

Video tersebut memperlihatkan bahawa dia mengisi borang permohonan cuti dan menyatakan alasannya sebagai ‘tidak ada salji di Hangzhou dan saya berasa beremosi’.

Jelas wanita terbabit, syarikat tempat dia kerja memang ada tawarkan cuti kerana tak ada mood selain daripada cuti hari wanita, hari kanak-kanak dan cuti rehat untuk majlis perkahwinan serta cuti kerana kematian.

image is not available

“Majikan kami menjelaskan bahawa jika pekerja tidak berpuas hati, mereka boleh meminta cuti jenis ini pada bila-bila masa tanpa menjejaskan gaji atau bonus prestasi mereka.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk syarikat tersebut ada membuat pengisytiharan secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa kakitangan juga ada hak untuk mengatakan tidak kepada majikan mereka dan boleh ambil cuti kerana tiada mood.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.