Sharul Aimy Tamatkan 17 Tahun Kemarau Pingat Kem Gimnastik Negara Di Sukan Asia

29 Sep 2023 • 10:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Atlet gimnastik artistik Malaysia, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam berjaya memperoleh pingat gangsa dalam acara melombol temasya Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat.

Sharul Aimy tamatkan kemarau pingat kem gimnastik

Memetik laporan dari Sinar Harian, kejayaan berkenaan menjadi lebih manis apabila dia menamatkan kemarau pingat buat kem gimnastik negara sejak 17 tahun lalu.

Difahamkan, atlet beruska 22 tahun itu meraih 14.466 mata bagi mengakhiri saingan di kedudukan ketiga di belakang pemenang pingat emas dari Jepun, Wataru Tanigawa (15.016 mata) dan pemenang perak, dari Iran Mahdi Olfati (14.783 mata).

image is not available

Kredit foto: The Star

Kejayaan tersebut juga telah dikongsi Sharul Aimy di Instagram peribadinya dengan memuat naik gambar pingat yang baru diperoleh tadi.

Difahamkan, kali terakhir Malaysia berjaya membawa pulang pingat dalam gimnastik artistik adalah melalui Ng Shu Wai yang meraih perak di Sukan Asia 2006 di Doha.

 

Sumber: Sinar Harian, Instagram sharulaimy