
KUALA LUMPUR – Momen seorang bapa mendukung anak perempuannya sehingga ke garisan penamat Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 menyentuh hati ramai selepas rakaman tersebut dikongsikan di TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik Wira Sudepja Rabu (@wiradihan), lelaki berkenaan dilihat mendukung Dihan ketika mereka menghampiri dan melintasi garisan penamat bersama.
Dihan merupakan anak istimewa dan dikenali menerusi akaun bapanya yang turut berkongsi perjalanan mereka dalam aktiviti berbasikal serta larian.
“She Ain’t Heavy, She’s My Baby”
Dalam perkongsian itu, ayah Dihan menulis ayat berkenaan bagi menggambarkan momen mereka menamatkan larian bersama.
Rakaman tersebut turut menunjukkan Dihan berada dalam pelukan bapanya ketika mereka melintasi garisan penamat, sebelum momen itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Ruangan komen turut dibanjiri reaksi netizen yang tersentuh melihat pengorbanan bapa Dihan.
Seorang netizen menulis, “Dihan!! Tarik ayah awak masuk ke syurga dgn mu ye dik nanti ”, sambil mendoakan agar bapanya diberikan keberkatan dan pahala pada setiap langkah.
Seorang lagi netizen mengakui tidak dapat menahan air mata selepas menonton video tersebut dan menyifatkan Dihan sebagai “tiket ke syurga” buat bapanya.
Bukan Sekadar Garisan Penamat
Bagi ramai yang menonton, momen tersebut bukan sekadar mengenai menamatkan satu perlumbaan, sebaliknya menggambarkan perjalanan seorang bapa yang terus membawa dan menemani anaknya dalam pelbagai keadaan.
Perkongsian itu turut menjadi perhatian kerana Dihan baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18.
Video berkenaan dikongsikan bersempena Hari Cerebral Palsy Sedunia, dengan netizen turut menitipkan doa buat Dihan dan bapanya. – The Malaysian Update
The post “She Ain’t Heavy, She’s My Baby” – Ayah Dukung Anak Istimewa Hingga Garisan Penamat KLSCM, Buat Netizen Sebak appeared first on The Malaysian Update.


