Sheikh Haikel disahkan hidap kanser usus tahap empat

Health & Fitness
5 Sep 2026 • 11:58 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Sheikh Haikel disahkan hidap kanser usus tahap empat

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap Singapura, Sheikh Haikel berkongsi khabar duka apabila disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Haikel menerusi perkongsian di Instagram dilihat sebak ketika mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya itu, selain memaklumkan bahawa dia sudah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Sheikh Haikel (@sheikhhaikel)

“Dengan hati yang paling berat, saya ingin memberitahu semua yang menonton bahawa saya menghidap kanser tahap empat,” katanya.

Bekas juri program Maharaja Lawak Mega itu berkata, perkongsian tersebut dibuat bagi menjelaskan keadaan kesihatannya selepas sekian lama memberitahu rakan-rakan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, perubahan fizikal yang dialaminya terutama penurunan berat badan mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan-rakan terdekat.

Dalam pada itu, Haikel menegaskan penyakit berkenaan tidak akan menghalangnya daripada meneruskan kehidupan seperti biasa, malah dia mahu terus mengembangkan kerjayanya dalam industri seni.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa saya akan memberikan yang terbaik.
“Hakikat bahawa saya sudah berkongsi perkara ini dengan semua orang membuatkan saya berasa lebih lega,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dan rakan-rakan artis yang rata-rata menitipkan doa serta mengharapkan agar segala urusan Haikel dipermudahkan dalam menghadapi ujian berkenaan.

The post Sheikh Haikel disahkan hidap kanser usus tahap empat appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved