Sheila Rusly luah hasrat mahu jadikan Fazura menantu – “Kalau ada anak lelaki lagi…”

EntertainmentLifestyle
30 Apr 2026 • 3:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penerbit dan pengarah terkenal, Sheila Rusly, meluahkan keinginan untuk menjadikan pelakon Fazura sebagai menantunya sekiranya masih mempunyai anak lelaki yang belum berkahwin.

Mahu jadikan Fazura menantu

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Sheila, 54 berkongsi perkara itu selepas Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, meninggalkan komen memujinya sebagai mentua idaman menerusi satu hantaran di platform yang sama.

image is not available

“Kalau ada anak lelaki lagi, nak saja saya jodohkan dengan Fazura,” katanya ringkas.

Sebelum itu, Fazura mencuri perhatian apabila memuji Sheila sebagai ibu mentua yang menjadi idaman ramai wanita selepas tular cara layanan dan hubungan mesranya bersama dua menantu.

image is not available

“Mentua idaman setiap wanita,” komen Fazura.

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian ramai apabila dibanjiri ratusan komen netizen yang menyokong hasrat itu, meskipun menyedari kedua-dua anak lelaki Sheila sudah berumah tangga.

Malah, ada juga yang mendoakan agar Fazura dikurniakan mentua sebaik Sheila sekiranya diberi peluang untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Mentua syurga

image is not available

Impian menantu diratukan mentua

image is not available

Mentua idaman

image is not available

Artikel lain: Fazura minta berhati-hati beri pendapat, ajak netizen buat perkara baik – “Kerana ia mencerminkan…”

Terdahulu, akres itu tampil menasihati orang ramai khususnya pengguna media sosial agar lebih berhati-hati dalam tutur kata dan tingkah laku ketika menyuarakan pendapat.

Fazura menegaskan bahawa setiap individu sememangnya berhak untuk mempunyai pandangan masing-masing. Malah, dia menerima perbezaan pendapat tersebut dengan hati yang terbuka dan penuh kasih sayang.

Sumber: Threads sheilarusly_jspictures

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved